Tentang Saya

Nurlina Mahmudin‚ĒÉPenasihat Kewangan Berlesen

Nurlina Mahmudin adalah seorang Wakil Penasihat Kewangan Islam (IFAR) yang berpengalaman di Capspring Financial Group Sdn Bhd. Dengan pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, beliau dapat mengenali keperluan anda dengan visi yang mapan. Menerajui pengurusan risiko kewangan anda ke arah kejayaan kewangan. Matlamat utama beliau bagi membantu pelanggan adalah jelas: untuk menilai pengurusan risiko klien mengikut keperluan mereka dengan pelan yang yang realistik.

Memegang IFAR membolehkan beliau memberikan pendapat profesional yang tidak berat sebelah kepada klien bagi membantu mereka membuat keputusan tepat dalam memilih produk kewangan terbaik. Misi utama beliau ialah memastikan semua klien yang dihormati mencapai pengurusan risiko kewangan yang optimum.

Beliau ialah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dengan pensijilan profesional Perancangan Kewangan Islam (IFP) berprinsip dalam idea setiap dan setiap penyelesaian kewangan yang baik mesti dibuat secara terancang dan holistik, kerana setiap individu dan organisasi mempunyai matlamat dan keperluan kewangan yang berbeza. Beliau juga sangat bededikasi dalam memastikan setiap nasihat yang diberikan adalah berorientasikan pelanggan.

Beliau merupakan ibu yang mendapati keseronokan dalam keseimbangan kehidupan dan kerjaya. Beliau menyokong pemerkasaan wanita di dalam ruang kerja dan menggalakkan wanita untuk bersama keluarga mereka tetapi produktif.

Wakil Penasihat Kewangan (IFAR) Berdaftar | Pengurusan Risiko Secara Holistik

Perkhidmatan

Takaful Hayat

Kehidupan ini sukar untuk diramalkan. Lindungi pendapatan anda dan tinggalkan warisan kepada orang yang anda sayangi kerana kehidupan mesti diteruskan.

Perancangan Pengurusan Risiko Korporat

Pelanggan dan kakitangan yang gembira adalah kunci kejayaan dalam perniagaan. Menjaga kebajikan mereka bermakna responsif terhadap keperluan dan kehendak mereka. Memberi kebajikan kepada kakitangan dan lindungi kesejahteraan perniagaan dengan polisi takaful.


Community Verified icon

Perlindungan Am

Perlindungan kebakaran, perlindungan kereta, perlindungan perniagaan, profesional indemniti, semua risiko kontraktor dan lain-lain.

Kad Perubatan

Perancangan perlindungan perubatan diri anda dan keluarga bagi memenuhi keperluan dengan cadangan yang tidak berat sebelah.

Kenapa Memilih Saya?

Nasihat Strategik

Wakil Penasihat Kewangan berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kewangan daripada pelbagai syarikat takaful bagi memenuhi keperluan anda.


Community Verified icon

Pendapat Yang Tidak Berat Sebelah

Penasihat kewangan bebas mewakili pelanggan. Oleh itu, beliau akan bertindak memberi pilihan yang terbaik bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

Pengurusan Risiko Secara Holistik

Membantu klien mengenal pasti dan menilai risiko mereka dengan sewajarnya. Memberi cadangan mengikut tahap risiko pelanggan & membantu meminimumkan risiko kewangan pelanggan.

Hubungi Kami Sekarang!

Get a Free Consultation