Medical Card Takaful Vs Critical Illness Coverage

Pada kebiasaannya, jika sebut takaful/insurans kebanyakan individu akan mengaitkan medical card. Tahukah anda selain medical card ada banyak pelan di bawah takaful atau insurans?

Salah satu pelan tersebut ialah pelan perlindungan pendapatan yang merangkumi pampasan sakit kritikal.

Apa itu pampasan sakit kritikal? Mengapa perlu pampasan sakit kritikal? Medical card takaful tak cover sakit kritikal ke?

Antara soalan-soalan yang biasa diterima daripada prospek atau klien.

Ia tidak bermaksud medikal kad tak cover sakit kritikal tetapi medikal kad hanya boleh digunakan bagi membiayai bil rawatan hospital yang termasuk dalam terma dan syarat polisi medikal kad sahaja. Jadi, apa keperluan mengadakan pampasan sakit kritikal?

Pampasan sakit kritikal diberikan secara tunai(cash) ‘lump sum’, boleh digunakan untuk kos-kos sampingan lain semasa rawatan dijalankan. Berbeza dengan medical card ia tidak memberi manfaat tunai.

5 contoh kos-kos lain jika disahkan sakit kritikal;

1. Kos upah penjaga jika memerlukan bantuan fizikal.

2. Kos-kos komitmen lain terutamanya jika memerlukan pesakit cuti tanpa gaji semasa rawatan. Contohnya; Kos perbelanjaan harian, bayaran pinjaman, dan lain-lain.

3. Sebagai sandaran kewangan untuk kos-kos rawatan yang tidak ditanggung oleh medikal kad atau perlu dibayar sendiri. Sesetengah ubat atau kos rawatan tidak ditanggung oleh medical card takaful.

4. Pembelian alatan rawatan tambahan sokongan jika perlu.

5. Kos rawatan alternatif jika ada.

Di sinilah kegunaan pampasan sakit kritikal. Ia membantu mengurangkan beban kewangan. Berapakah nilai perlindungan yang perlu? Sebaiknya, ambil lah pampasan sakit kritikal sekurang-kurangnya 3-5 tahun pendapatan. Ini bagi mengurangkan risiko bebanan kewangan jika ditimpa musibah sakit kritikal. Ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos kewangan yang perlu ditanggung oleh waris.

Untuk rujukan senarai penyakit kategori kritikal klik https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM

Bagi mereka yang berpendapatan kategori B40 Kerajaan Malaysia telah melancarkan skim MySalam. Permohonan boleh dibuat di https://www.mysalam.com.my/b40/public/

Untuk penerangan lanjut berkenaan pelan perlindungan sakit kritikal tinggalkan maklumat anda di https://nurlinamahmudin.com/contact/ untuk konsultasi percuma dari penasihat kewangan berlesen anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *