Travel Insurance

Insurans atau takaful perjalanan ialah sejenis perlindungan yang bertujuan melindungi risiko kewangan sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan ketika anda travel. Terdapat pelbagai manfaat yang ditawarkan di dalam polisi travel insurans.

Antara manfaat yang ditawarkan di dalam polisi travel insurans atau takaful ialah;

  • Elaun kelewatan penerbangan
  • Pembatalan penerbangan
  • Kos kerosakan bagasi
  • Kehilangan bagasi atau barang persendirian
  • Kos perubatan
  • Kecederaan atau kes kecemasan
  • Kematian atau kecacatan kekal
  • Aktiviti ekstrim
  • Dan lain-lain

Manfaat perlindungan adalah berbeza-beza mengikut polisi yang diambil. Penting untuk anda memahami terma dan syarat pakej yang diambil.

Insurans perjalanan memberikan anda ketenangan fikiran dan mengurangkan risiko beban kewangan jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah di dalam perjalanan anda.

Dari segi manfaat kos perubatan, sesetangan polisi perlu ‘pay & claim’. Penting untuk anda meneliti terma & syarat ini agar anda sentiasa bersedia jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan ‘Guaranteed Letter’ di luar negara. Jika polisi anda ‘pay & claim’ basis, ini bermaksud anda perlu membayar terlebih dahulu segala kos perubatan di luar negara di mana kosnya adalah agak tinggi.

Jadi perlu ke ambik travel insurans jika anda mempunya polisi ‘personal medical card’ yang cover kos di luar negara? Medical card hanya cover kos perubatan saya & polisi ini kebiasannya ‘pay & claim basis’. Tetapi risiko lain ketika travel hanya boleh dikurangkan dengan manfaat travel takaful/insurans

Kos mengambil travel takaful juga jauh lebih rendah berbanding risiko jika berlakunya sesuatu yang musibah di luar kawalan.

Langganlah travel takaful/insurans & fahamkan terma, syarat & manfaat yang polisi anda.

Jika inginkan konsultasi percuma mengenai travel insurans klik https://wa.me/message/RO6AGN657MAYB1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *